Selaras dengan Standard Operating Procedure (SOP) Pembukaan Sektor Sukan dan Rekreasi yang dikeluarkan oleh Kementerian Belia dan Sukan (KBS), Majlis Keselamatan Negara (MKN), Kementerian Kesihatan Malaysia (KKM) dan Garis Panduan Pelaksanaan Sukan dan Kokurikulum, Kementerian Pendidikan Malaysia, segala program atau aktiviti berbentuk kokurikulum hanya boleh dijalankan secara dalam talian.
Justeru itu, format baharu bagi MakeX Starter bagi Malaysia mengambil langkah berbeza daripada format secara bersemuka. Berikut adalah perincian format bagi MakeX Starter (Online):
UMUR
7 - 12 tahun (Sekolah Rendah)
13 - 17 tahun (Sekolah Menengah)
PASUKAN
1 - 2 murid
1 - 2 mentor
SYARAT
Perisian: mBlock
Perkakasan: mBot & MakeX Starter Kit
PERINGKAT NEGERI
Menyelesaikan 3 misi kod pengaturcaraan
Penghasilan carta alir
Penghasilan pseudokod
PERINGKAT KEBANGSAAN
Menyelesaikan 5 misi kod pengaturcaraan
Penghasilan “Engineering Notebook”
Video demonstrasi
Pengaturcaraan kod projek melalui mBlock
Selepas pendaftaran, peserta akan menerima emel bagi kod pengaturcaraan yang perlu dilengkapkan bagi saringan negeri.
mBot
Starter Kit
Smart Camera
Arena pertandingan tidak diperlukan bagi format pertandingan secara 'Online'. Hanya wakil ke peringkat antarabangsa kelak perlu melalui sesi latihan intensif menggunakan format bersemuka menggunakan arena pertandingan (tertakluk kepada keadaan semasa dan tawaran dari KPM untuk ke peringkat antarabangsa)
Muat turun dokumen untuk rujukan dan tujuan cetakan bagi memudahkan peserta. Format pertandingan secara bersemuka tidak disertakan.